Kami sedia membekalkan mesin basuh and pengering yang berkualiti tinggi. Wash Studio® Laundry juga menyediakan detergen percuma, pelembut dan sanitizer yang disahkan Halal.

Always a Better Value

Wash Studio® Laundry menawarkan francaisi kami dengan peralatan mesin-mesin dobi komersial terkenal di bawah jenama Electrolux Professional; bantuan nasihat, penyelesaian pembiayaan perniagaan, penyelenggaraan mesin dan sokongan pemasaran.

Kami percaya kejayaan jangka panjang. Perkongsian perniagaan yang kuat antara Francaisor dan Francaisi adalah penting untuk memastikan pertumbuhan perniagaan yang untung dan mampan. Pengembangan bisnes anda bergantung kepada usaha-usaha berterusan dan sokongan penuh dedikasi.