Mengapa melabur dalam Dobi Layan Diri?

Dengan ekonomi yang semakin mencabar, perniagaan dobi layan diri telah terbukti jauh lebih menguntungkan berbanding dengan perniagaan-perniagaan lain.

Kedai dobi layan diri secara tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk memenuhi tuntutan kerja dan sosial. Perkhidmatan dobi layan diri yang memudahkan orang awam untuk mencuci/mengering pakaian dalam masa yang singkat telah menjadi norma dalam kalangan masyarakat Malaysia.